Please know me as ZARA || more at; twitter/ig : @zfrhrstm

Ya Kuat

Aku lemah saat takde sapa nak dengar luahan aku.
Ya. Aku lemah.
Aku bukan jenis manusia manusia yang lain,
yang pabila mempunyai masalah, ibu bapa yang mereka cari.
aku adalah manusia yang akan mencari dia, atau dia atau bantal sahaja pabila aku tidak kuat.
sepertinya, air mata sahaja yang sentiasa menemani aku,
tika aku sedih dan terluka.
sebab tidak semua makhluk yang kita sayang mampu mendengar luahan kita
yang mampu memujuk hati kita
yang mampu buat kita senyum sentiasa.
kalau mereka mampu buat itu semua, aku cukup cukup gembira.

pabila tibanya malam, tidak yang lain aku akan cari.
aku tetap akan cari dia.
walaupun berjauhan.
cukup suaranya sahaja dah dapat menenangkan aku.
cukup dengan dia berkata love you sayang, ianya cukup buat aku gembira dan tidur lena.
atau
jika itu tidak berlaku, maka, air mata sahajalah yang menemani aku tika aku tidur

aku kuat?
ramai manusia sekeliling aku bertanya, bagaimana aku kuat?
kenapa semua manusia nampak aku kuat?
pada reality hidup ini, aku tidak sekuat yang mereka nampak,
sanggup tidak bertidur, sanggup berjaga
kerana inginkan pendamaian
kerana inginkan menyedapkan hati sendiri
kerana ingin memujuk diri aku sendiri

manusia
hanya dapat melihat aku tika aku bertopeng kan aku.
manusia
hanya dapat melihat tawanya aku tika aku bukanlah aku.
manusia
hanya dapat melihat gembiranya hati aku
tika
dia datang semula mengembirakan aku seperti sedia kala

aku
cukup gembira dan cukup tersenyum 
pabila dia berkata kata dengan diri ku semula.
pabila dia mengeluarkan katakatanya yang penuh kasih sayang
pabila dia memujuk ku dengan penuh kegembiraan
pabila aku lah orang yang dia cari tika dia memerlukan telinga
pabila aku lah orang yang di cari tika dia memerlukan tempat untuk bermanja

percayalah sayang. aku hanya mahu kamu.
selamanya.
jangan lah kamu mengecewakan aku.

amarah aku tidak lama.
amarah aku kadang kala tidak berakal.
amarah aku kerana aku sayang.
amarah aku kerana aku cemburu
amarah aku kadang kala hanya untuk menarik perhatian mu
amarah aku kadang tidak berasas.
amarah aku selalunya berasas.

aku lakukan nya kerana aku terlalu sayang.
walaupun aku telah berjanji dengan kamu bahawa 
aku tidak akan over protective,
kerana
telah kamu berjanji dengan hati aku bahawa,
kamu reti untuk menjaga hati dan kelakuan mu sendiri,
dengarlah wahai sayang.
percaya atau tidak,
kadang kala, kita sendiri tidak dapat mengawal hati dan perasaan kita
tika syaitan menghasut mu
itulah gunanya peringatan sepanjang masa antara kita.
saya sayang awak selalu.
selamanya.
mungkin awak jemu mendengarnya
tetapi percayalah.
perasaan ini sangat benar.
dan
aku tidak mampu untuk menidakkan nya.

maafkan ku.
dan
senentiasalah kamu memaafkan ku
dan
menerima ku kembali, tika ku melakukan salah
dari sedar sehingga tidak sedar
dari sekecil salah sehingga sebesar besar salah yang telah aku lakukan.


yang benar,
insan yang memerlukan kamu, shafiq,
zafirah :)